2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-15 at 1.57.32 PM
Uncategorized @ms

Tentera Israel tembak ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaparkan sebuah video menunjukkan anggota krew yang cedera dan sebuah ambulans yang rosak akibat ditembak di Khan Younis, Gaza pada Rabu.

Dalam laporan Astro Awani menyatakan bahawa terdapat satu hantaran di platform X, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa Israel menembak ambulans tersebut ketika krunya mengangkut tangki oksigen dari Hospital Nasser ke Hospital Al-Amal pada 8 Februari.

Tarikh dan lokasi rakaman itu telah disahkan kepada Reuters oleh jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Minggu lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menuduh Israel dengan sengaja menyerang ambulans yang dihantar untuk menyelamatkan Hind Rajab.

Kanak-kanak perempuan Palestin yang berusia enam tahun itu maut selepas terperangkap akibat tembakan tentera Israel.

Didoakan agar semua sekutu Israel laknatullah berada dalam keadaan yang huru-hara kerana sentiasa menghuru-harakan keadaan orang-orang tidak berdosa.