Kenyataan Media

TENTERA ISRAEL SERANG PANGKALAN HAMAS DI SEMENANJUNG GAZA

 

GAZA CITY, 22 Ogos – Rejim Zionis dilaporkan telah menyerang dengan menyasarkan kemudahan milik tentera laut Hamas di utara Semenanjung Gaza.

 

Mengikut satu dakwaan, tentera Israel melancarkan serangan ke atas sasaran kubu Hamas di sepanjang Semenanjung Gaza sebagai membalas serangan roket dari Palestin.

 

Hamas dikatakan telah melancarkan dua serangan roket terhadap Israel pada lewat semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam bedilan dari Gaza dalam tempoh kurang dari seminggu.

 

Namun, dalam kejadiaan tersebut dilaporkan tiada kecederaan dan kerosakan berlaku.

 

Seorang sumber anggota keselamatan Palestin memberitahu AFP bahawa pangkalan tentera laut di barat bandar Gaza telah diserang beberapa kali oleh pesawat Israel.

 

Sumber: Utusan Malaysia