2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PELARIAN ROHINGYA ENGGAN PULANG KE MYANMAR

 

TEKNAF (BANGLADESH), 23 Ogos – Tiada seorang pun pelarian Rohingya muncul untuk dihantar pulang ke Myanmar, tatkala lima buah bas dan 10 trak sedang menunggu mereka di kem Teknaf, Bangladesh, semalam.

 

Sejak Ogos 2017, kira-kira 740,000 etnik Muslim Rohingya lari ke Bangladesh bagi mendapat perlindungan daripada tentangan tentera di Myanmar yang disamakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan pembersihan etnik.

 

Mereka dikatakan enggan pulang ke Myanmar tanpa dijanjikan jaminan keselamatan dan diberikan kerakyatan oleh Myanmar.

 

Pemimpin Rohingya, Nosima menyatakan kerajaan Myanmar merogol dan membunuh etnik Rohingya dan mereka memerlukan jaminan keselamatan, tanpa jaminan tersebut mereka tidak akan pulang ke Myanmar.

 

Seorang lagi pelarian dari Camp 26, Mohammad Islam berkata, mereka memerlukan jaminan kewarganegaraan, keselamatan dan janji tanah air yang asal.

 

Difahamkan kenderaan sudah disediakan kira-kira jam 9 pagi untuk mengangkut kumpulan pertama daripada 3,450 orang yang dipilih untuk pulang ke Myanmar di kem Teknaf.

 

Namun, empat jam selepas itu, tiada siapa yang tampil untuk menaiki kenderaan berkenaan.

 

Manakala Suruhanjaya Pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam turut menemuramah 295 keluarga dan hasil temubualnya tiada siapa yang tampil menunjukkan minat untuk dihantar pulang.

 

Sumber:  Berita Harian