2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

TENTERA HAFTAR SERANG HOSPITAL

Tripoli – Sekurang-kurangnya enam roket dilancarkan ke sebuah hospital sementara di selatan bandar tersebut.

Agensi Anadolu melaporkan serangan itu menyebabkan kerosakan teruk pada ambulans dan bangunan.

Ia dipercayai didalangi oleh kumpulan Tentera Kebangsaan Libya (LNA) yang dipimpin Khalifa Haftar.

Dalam satu video, Haftar mengisytiharkan dirianya sebagai pemerintah Libya.

Beliau mendakwa mendapat mandat daripada rakyat itu untuk mentadbir negara berkenaan.

Menurutnya, perjanjian Skhirat pada 2015 oleh semua pihak terbabit dalam konflik bersenjata di negara itu, yang menyaksikan penubuhan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan Libya (GNA) sebagai terbatal.

Sejak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011, negara itu masih dalam kancah perang saudara.

Ketika ini, ia membabitkan dua kumpulan utama iaitu tentera dipimpin oleh komander tentera, Khalifa Haftar di timur dan GNA di Tripoli yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kedua-dua pihak menerima sokongan dan bantuan daripada negara asing yang berbeza.