2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-27 at 9.58.04 AM
Uncategorized @ms

Tentera AS bakar diri di luar Kedutaan Israel di Washington bantah perang Gaza

Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) membakar diri sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington petang Isnin sebagai membantah perang di Gaza.

Lelaki itu dibawa ke hospital selepas kebakaran dipadamkan pegawai Perkhidmatan Rahsia AS, DC Fire dan EMS yang disiarkan dalam talian.

Dalam laporan Berita Harian yang dipetik dari jurucakap Jabatan Polis Metropolitan bahawa lelaki itu masih dalam keadaan kritikal, manakala Jurucakap Tentera Udara telah mengesahkan insiden itu membabitkan seorang juruterbang pasukan mereka.

Laporan sama memetik New York Times menyatakan beliau tidak akan lagi terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai. Lelaki tersebut memakai pakaian tentera, dalam video yang disiarkannya secara langsung melalui internet.

Dia kemudian menyiram dirinya dengan cecair jernih dan membakar dirinya, menjerit ‘Free Palestine’ (Bebaskan Palestin).

Polis tempatan dan Perkhidmatan Rahsia sedang menyiasat kejadian itu.

Kedutaan Israel menjadi sasaran protes berterusan terhadap perang di Gaza. Peperangan di Gaza membawa kepada protes pro-Palestin dan pro-Israel di AS.

Protes bermula selepas serangan Hamas, kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza pada 7 Oktober lalu. Sejak itu, tentera Israel melancarkan kempen ketenteraan terhadap wilayah terkepung itu dengan hampir 30,000 orang terbunuh, menurut pegawai kesihatan Palestin.

Pada Disember, seorang penunjuk perasaan membakar dirinya di luar Konsulat Israel di Atlanta.