2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-14 at 1.03.09 PM
Uncategorized

Tekanan meningkat ke atas Israel untuk gencatan senjata Gaza

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju terhadap gencatan senjata dengan Palestin di Gaza.

Menerusi laporan Berita Harian, desakan itu dibuat ketika Israel bersedia memperluaskan operasi tentera di darat ke bandar Rafah di selatan Gaza di mana lebih sejuta rakyat Palestin terperangkap.

Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA), William Burns bertemu dengan Ketua Mossad, David Barnea, di Kaherah hari ini, untuk pusingan baharu rundingan mengenai cadangan gencatan senjata.

Usul yang diusahakan oleh Qatar itu diyakini dapat menghentikan sementara pertempuran, sebagai pertukaran untuk pejuang Hamas membebaskan tebusan.

Kedua-dua ketua perisikan itu disertai oleh Perdana Menteri Qatar dan pegawai Mesir, lapor Al-Qahera News Mesir.

Pertemuan itu diadakan selepas Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan serangan darat ke atas Rafah tanpa rancangan untuk melindungi orang awam, yang mengatakan mereka tidak lagi tempat untuk pergi.

Selepas perbincangan Rumah Putih dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II semalam, Presiden AS, Joe Biden, berkata orang awam di Rafah ‘perlu dilindungi’.

“Ramai orang di sana sudah berpindah – sebahagian besarnya beberapa kali, melarikan diri daripada keganasan di utara, dan kini mereka bersesak di Rafah” katanya.

Raja Abdullah mendesak gencatan senjata yang berkekalan diisytiharkan untuk menamatkan perang selama lebih empat bulan dan memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah ‘pasti menghasilkan satu lagi malapetaka kemanusiaan’.

Negara lain turut menggesa Israel berhati-hati melakukan serangan darat, termasuk China, Jerman dan Norway, bagi memastikan tiada orang awam menjadi mangsa.

Selepas menolak syarat Hamas untuk gencatan senjata minggu lalu, Israel melakukan serbuan di Rafah yang membebaskan dua tebusan dan membunuh kira-kira 100 orang.