2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

TAUFAN ODETTE LANDA UTARA MINDANAO DAN VISAYAS DI FILIPINA

Pada pertengahan Disember 2021, Taufan Odette yang ganas telah melanda utara Mindanao dan bahagian lain di wilayah Visayas.

Bencana alam ini telah menjejaskan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut kerana banjir berlaku.

Setakat ini taufan tersebut telah menjejaskan kira-kira 11,859 keluarga (41,434 orang) seperti yang direkod Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMCC).

Kesemua mereka berasal dari 249 buah kampung dari wilayah Bicol, Visayas Barat, Visayas Timur, Mindanao Utara dan wilayah Caraga.

Kini, sebanyak 192 pusat pemindahan dibuka dan telah membantu 4,989 keluarga manakala selebihnya berteduh bersama rakan dan saudara mereka. NDRRMC kini sedang mengesahkan laporan mengenai satu kematian dan dua yang cedera.

Buat makluman umum, Taufan “Odette” ini mempunyai angin berkelajuan maksimum 195 kph dan sehingga 240 kph, berdasarkan bacaan Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA). “Odette” lebih kuat daripada “Sendong”, yang hanya mempunyai purata 95 kph angin berterusan tetapi menyebabkan 2,500 orang meninggal dunia.

Dalam pada itu, rakan kerjasama Serantau Muslim di Filipina iaitu Wamy, telah mengenalpasti keperluan utama keluarga dan individu yang terjejas antaranya ialah makanan ruji (beras), makanan dalam tin dan pakaian serta tuala kerana kebanyakan pakaian dan bahan masak mereka musnah akibat ditenggelamkan air.

Justeru itu, sama-samalah kita doakan mereka di luar negara dan di dalam negara yang diuji dengan pelbagai musibah dapat bersabar dan tabah serta kuat untuk bangkit semula meneruskan aktiviti seharian.

Sumber: WAMY Filipina