2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-07 at 11.18.31 AM
Uncategorized @ms

Taufan Michaung badai selatan India, 9 terbunuh

Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh selepas Taufan Michaung melanda pesisir pantai selatan India pada 5 Disember lalu.

Taufan itu mendarat di Andhra Pradesh, selatan India berhampiran bandar Bapatla, dengan angin kencang sehingga 110 kilometer sejam (km/j).

Jabatan Meteorologi India di platform media sosial X, berkata taufan dijangka berterusan dan selesai dalam tempoh tiga jam akan datang.

Sebahagian daripada daerah itu dijangka dilanda hujan lebih 200 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam akan datang.

Sekurang-kurangnya 8,000 orang sudah dipindahkan.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Bencana Negeri, C Nagaraju, berkata kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut di daerah Tirupati selepas sebuah tembok runtuh manakala lapan orang terbunuh di Tamil Nadu.

Di ibu kota Tamil Nadu, Chennai, penduduk dilihat mengharungi banjir yang menghanyutkan kereta dan menenggelamkan landasan.

Banjir mengakibatkan lapangan terbang paling sibuk di India ditutup sehingga pagi tadi.

Hujan berhenti dan air sudah surut di lapangan terbang Chennai dan lapangan terbang itu mula beroperasi semula dari 9 pagi waktu tempatan, kata Jurucakap Kementerian Penerbangan Awam Persekutuan berkata, hujan dan angin juga menumbangkan talian elektrik dan pokok.

Lebih 140 kereta api dan 40 penerbangan dibatalkan di Andhra Pradesh.Foxconn dan Pegatron Taiwan menghentikan pengeluaran iPhone Apple di kilang berhampiran Chennai kerana hujan lebat.

Pada Disember 2015, banjir di Tamil Nadu membunuh sekurang-kurangnya 290 orang dan menyebabkan kerosakan yang meluas.