2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-03-07 at 9.23.46 AM
Info Semasa

Tanah runtuh di Indonesia ragut 10 nyawa

JAKARTA: Tanah runtuh yang berlaku di wilayah barat Kepulauan Riau di Indonesia hari ini meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan beberapa lagi mangsa dilaporkan hilang, memetik kenyataan pegawai penyelamat.

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, jurucakap Badan Pengurusan Bencana Negara, Abdul Muhari berkata kejadian berlaku di Kabupaten Natuna.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil, lapor berita berkenaan.

Sementara itu, unit kecemasan agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah memaklumkan bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat dan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Menurut agensi itu, cuaca buruk dan masalah telekomunikasi telah membantutkan misi SAR.