2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
73fe5f13-5365-4e9d-8259-dc510271e7d2.jpg
Info Semasa

Tak sempat masuk Malaysia, bot bawa Rohingya karam

YANGON: Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memaklumkan sebanyak 14 mayat termasuk kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya terdampar di perairan Myanmar.

Organisasi penyelamat itu memberitahu seramai 17 penumpang lain dikhuatiri mati selepas bot yang dinaiki untuk menuju ke Malaysia tenggelam.

Butiran lanjut mengenai insiden tersebut masih belum jelas dan difahamkan bot tersebut bergerak dari Sittwe, barat Myanmar, 19 Mei lalu, sebelum terbalik dua hari kemudian akibat laut bergelora.

Organisasi Penyelamat Myanmar di Pathein menyatakan, sebanyak lapan mayat ditemukan pada Ahad lalu di kawasan pantai, yang terletak tiga jam dari pusat bandar daerah itu.

Katanya, mangsa melibatkan 12 wanita dan dua kanak-kanak lelaki.

Jurucakap Polis di daerah Pathein, Leftenan Kolonel Tun Shwe memaklumkan, seramai 35 penumpang lain pula termasuk pemilik bot terselamat dalam kejadian itu.

Jelasnya, jumlah penumpang sebenar berkemungkinan adalah 61 orang dengan 12 yang lain dilaporkan masih hilang

Sumber: Utusan