2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

Tak sangka, selama ni hanya makan nasi dengan sayur tepi rumah

Sebak! Tak sangka kehidupan mereka susah sebegini. Inilah yang bermain di fikiran team Serantau Muslim dalam misi dakwah di pedalaman Sabah pada 10 – 16 Julai 2020.

Semasa team Serantau Muslim tiba di Kg Rukom, Pitas, Sabah, kami sungguh tidak sangka keadaan mereka sungguh daif.

Kami sempat singgah di sebuah rumah, atau lebih tepat disebut sebagai pondok.

Di bina dari kayu buruk yang dikutip di tepi hutan, ianya pandangan yang cukup menghibakan di tahun 2020 ini.

Sungguh kami tak sangka, di pondok sekecil itu, tinggal 8 beranak berumur sekecil 5 tahun sehingga 17 tahun.

Dan , tiada bilik di pondok itu! Allahu, bagaimanakah mereka boleh hidup dalam keadaan begini ya.

Inilah keadaan rumah yang kami ziarah

Dengan anak anak dara yang sudah semakin besar, pasti timbul soal aurat dan permasalahan di tempat tidur.

Belum cerita soal pondok itu yang hampir roboh saat kami berada di ruang tamu. Allahu.

Dengan perasaan penuh insaf, kami umumkan untuk membina sebuah rumah baru 3 bilik untuk keluarga ini.

Subhanallah,  mereka menangis keriangan saat kami umumkan berita gembira itu.

Bayangkan , sudah bertahun tahun mereka tinggal disitu tanpa siapa peduli.  

Ya Allah, ampunkan kami. Kami lalai. Kami tidak sedar ada orang yang perlukan pembelaan. 

Rupanya, bukan sahaja tempat tinggal mereka daif, dengan pendapatan si ayah sebanyak RM 300 dengan menoreh getah , ianya sangat menekan hidup mereka termasuklah bab makan dan minum.

Atas kesempitan hidup, mereka hanya mampu makan nasi berlaukkan sayur2 di tepi rumah mereka.

Untuk makan ayam dan daging, jauh sekali.

Sebab itu, bila Serantau Muslim bawakan daging lembu ke kawasan pedalaman sebegini melalui program Qurban Mudah, ia bukan sekadar ibadah qurban, namun ianya  berita yang paling menggembirakan buat keluarga yang daif sebegini.

Alhamdulillah,  tahun ini, Serantau Muslim akan melaksanakan ibadah Qurban di lebih 20 buah negara termasuklah di Sabah ini, sebagai satu usaha kita memberikan sinar bahagia kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Sekiranya anda berminat untuk berqurban pada tahun ini, bolehlah layari Qurbanmudah.com atau hubungi talian kami 03-84081789.

Ingat, daging mungkin menu yang biasa bagi kita, tapi bagi mereka , ianya sangat mewah dan sukar diperolehi.

USTAZ HAKIM MOHD NOR adalah merupakan Pengerusi Serantau Muslim dan Pengasas Qurbanmudah.com

Untung kita berqurban bersama Serantau Muslim,  pahala qurban dapat , pahala sedekah pun dapat. Alhamdulillah. 