2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SYRIA KECAM ISRAEL BINA RUMAH DI BUKIT GOLAN

BEIRUT: Kementerian Luar Syria semalam mengecam rancangan Israel untuk menggandakan bilangan penerokaan Yahudi di Bukit Golan dalam tempoh lima tahun, yang dianggap sebagai peningkatan ancaman bagi negara yang bersempadan itu, lapor media tempatannya.

Kelmarin, Kabinet Israel meluluskan pelan tindakan untuk membina kira-kira 7,300 unit rumah tambahan di dataran tinggi strategik yang ditawannya dari Syria dalam perang Timur Tengah 1967, satu langkah yang dilihat boleh mengukuhkan cengkamannya di wilayah itu.

“Syria mengutuk sekeras-kerasnya peningkatan (penerokaan) penduduk dan tidak pernah berlaku sebelum ini oleh pihak berkuasa Israel di Golan,” kata agensi berita kerajaan SANA, sambil menambah Damsyik akan berusaha menggunakan semua cara sah yang ada untuk merebut semula wilayah itu.

Syria sudah lama menuntut pengembalian tanah seluas 1,200 kilometer persegi itu, yang juga menghadap ke Lubnan dan bersempadan dengan Jordan, lapor agensi berita CNA.

Bukit Golan yang juga zon tentera strategik dirampas oleh Israel dari Syria semasa berlakunya Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Awal tahun ini, bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan Israel berikrar akan terus menuntut wilayah Bukit Golan sebagai miliknya termasuk kawasan Palestin yang didudukinya secara haram.

Beliau juga menyatakan tidak menghiraukan apa yang diperkatakan sekutu kuatnya itu dan akan terus mempertahankan Bukit Golan.

Sumber: BH