2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-07-20 at 4.15.25 PM
Info Semasa

Suhu panas melampau landa kem pelarian di Syria

Beirut: Gelombang haba yang mencengkam kawasan di utara dan barat laut Syria mencetuskan beberapa kejadian kebakaran, selain meragut nyawa dan mencederakan penduduk, termasuk kanak-kanak.

Menurut laporan Harian Metro yang dipetik dari kenyataan Kumpulan Pertahanan Awam, White Helmets, kebakaran membahayakan nyawa kanak-kanak dan warga emas yang tinggal di kem pelarian.

Ketua White Helmets, Raed Saleh berkata, setakat bulan ini, kebakaran mengakibatkan kematian tiga kanak-kanak dan dua lagi cedera.

“Jumlah kebakaran meningkat pada bulan Julai di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo”.

Beliau berkata, setakat Julai, pasukan itu mengendalikan lebih 280 kes kebakaran.

“Kira-kira 120 kebakaran berlaku di kawasan pertanian, 53 di rumah penduduk tempatan dan 16 di kem pelarian,” katanya.

Ketua kem pelarian di Maaret Masreen dekat Idlib di barat laut Syria, Abdel Salam Mohammed berkata, suhu tinggi telah menjejaskan kanak-kanak dan warga emas.

“Kebanyakan khemah kami tidak mempunyai sistem pengasingan untuk melindungi daripada haba pada musim panas atau sejuk pada musim sejuk,” katanya.

Suhu kini berada pada paras 36 darjah Celsius, dengan suhu di wilayah sekitar Idlib dijangka meningkat kepada lebih 40 darjah menjelang hujung minggu.