SUDAN DILANDA KRISIS, 118 ORANG TERKORBAN
SUDAN, 17 JUN – Seramai 118 penunjuk perasaan dilaporkan terkorban setelah pasukan keamanan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pro-demokrasi di ibu kota, Khatoum.
Krisis politik yang melanda Sudan ini terjadi susulan kejatuhan pemerintahan presiden Omar al-Bashir yang digulingkan tentera pada 11 April lalu setelah beliau memerintah negara tersebut selama tiga dekad.
Dalam perkembangan sama, pasukan keamanan telah menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata sehingga mengorbankan penduduk awam pada 3 Jun lalu.
Kejadian tersebut berlaku selepas kegagalan rundingan antara penunjuk perasaan dan pasukan keamanan mengadakan perbicaraan berkenaan pemimpin yang bakal memimpin negara tersebut selepas Presiden Omar al-Bashir diturunkan.
Selain itu, Omar juga didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram, pembunuhan dan keganasan serta dijangka dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan.
Kini, Sudan berada di bawah pemerintahan Majlis Peralihan Tentera (TMC) yang diketuai Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya Mohamad Hamdan Dagalo atau lebih dikenali sebagai Hemedti yang berhasrat menggantikan Omar al-Bashir sebagai presiden.
Sumber: Astro Awani dan BBC News