2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

CUACA PANAS DI INDIA MENGORBANKAN 45 ORANG

PATNA, 17 JUN: Cuaca panas melampau mengakibatkan 45 orang maut dalam tempoh 24 jam di Bihar, India ketika negara itu mencatatkan kadar suhu tinggi yang memasuki minggu ketiga.

Pegawai kanan kesihatan, Vijay Kumar menyatakan kematian tersebut berlaku di tiga daerah miskin di utara negara selepas suhu meningkat sehingga 45 darjah selsius.

Katanya, sejak kebelakangan ini, seramai 45 orang maut di tiga daerah di wilayah Magadh yang sedang dilanda musim kemarau.

“Ia berlaku pada petang Sabtu dan mereka yang terjejas akibat strok haba dikejarkan ke hospital berlainan.

“Kebanyakan mereka meninggal dunia malam semalam, dan selebihnya pagi tadi ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Kumar menambah, kira-kira 40 orang sudah menerima rawatan di hospital milik kerajaan di daerah Aurangabad.

Untuk rekod, gelombang panas berlaku pada 2015 menyebabkan 3,500 orang maut di India dan Pakistan.

 

Sumber: Berita Harian