2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

SM TERUS SANTUNI ASNAF DI MALAYSIA

4 Mei 2021 – Serantau Muslim terus menyantuni asnaf-asnaf di seluruh Malaysia sepanjang ramadhan ini.

Antara lokasi yang disantuni oleh wakil Serantau Muslim ialah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain lagi.

Di SRA Jaim Bukit Lintang ini seramai 80 pelajar menerima pek iftar untuk berbuka puasa.

Manakala di Kuala Lumpur, Serantau Muslim mengedarkan sebanyak 28 pek iftar untuk penghuni rumah ibu mengandung, di Setapak.

Di Perak pula, sebanyak 40 pek diagih di SRA Slim Village.

Selain di lokasi-lokasi di atas, Serantau Muslim juga menyantuni pelajar-pelajar luar kampus di Universiti Sains Islam Malaysia dan sebanyak 50 pek iftar telah diagihkan kepada mereka di sana.

Selain itu, Persatuan OKU Pendengaran Negeri Selangor juga turut menerima agihan pek iftar.

Dan beberapa lokasi berikutnya.

Padang Jawa Klang

Taja Berbuka di Gerik, Perak

Universiti Sains Islam Malaysia 100 pek iftar

Tahfiz Darus Shabab, Kepong Selangor, sebanyak 60 pek iftar setiap hari.

Tahfiz Ibnu Hajar, Durian Tunggal Melaka sebanyak 30 pek.

Bantuan Taja Berbuka di Gopeng, Perak.

Tahfiz Ibnu Hajar

Secondary School Di Bandar Baru Salak Tinggi, 60 pek iftar

Sekolah Dato Haji Baginda, 20 kotak makanan

Layari tajaberbuka.com untuk maklumat lanjut.