2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM TAJA BERBUKA DI KEM PELARIAN SYRIA, UTARA LEBANON

21 April – Serantau Muslim teruskan agihan tajaberbuka di kem-kem pelarian Syria, Utara Lebanon.

Antara kem pelarian yang terlibat ialah kem Al Baraa 1 (179 keluarga), kem Al Amal (6 keluarga), kem Abo hasan Dabli (15 keluarga), kem Walid Zaiter (6 keluarga), kem Abo Gahsan (13 keluarga), kem Zurekah (32 keluarga), kem Abo Safa (26 keluarga), kem Abo Suliman (33 keluarga), kem Mohaish (12 keluarga), kem Yahia Othman (23 keluarga) dan kem Tarek Al Nahri (29 keluarga).

Selain itu, seramai 68 keluarga miskin di luar kem pelarian turut diberi juadah berbuka puasa. Kesemua agihan untuk kem-kem di atas ialah sebanyak 442 pek.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa proses penyediaan dan selepas agihan dijalankan.

Serantau Muslim mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan orang ramai yang membantu mereka yang memerlukan di sana.

Insha-ALLAH semua usaha ini akan diberkati-Nya

Antara juadah berbuka puasa di kem pelarian di sana
Pek makanan yang siap dibungkus sebelum agihan dilakukan
Proses penyediaan makanan berbuka puasa
Makanan yang siap dibungkus
Antara penerima pek iftar untuk berbuka puasa
Antara penerima pek iftar untuk berbuka puasa