2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SM MEMBERIKAN SUNTIKAN MOTIVASI KE SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA

 

Bukit Rambai, Melaka 12 Julai 2019 – Serantau Muslim (SM) kini mula membuka ruang dan peluang kepada institusi pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah mahupun tadika dengan mengadakan kerjasama secara berkala untuk program suntikan motivasi.

 

Selain suntikan motivasi, SM juga berusaha memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda, gen-z terutamanya mengenai kepentingan misi kemanusiaan yang dijalankan di negara- negara ASEAN.

 

Bermula Julai 2019 ini juga, pihak SM telah mengadakan beberapa program khusus buat pelajar-pelajar sekolah seperti program Gen Z: Serve with Humanity bertempat di SMK Bukit Rambai dan SMK Agama Sultan Muhammad.

 

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam minoriti serata dunia.

 

Selain tu, konsep program ini diadakan adalah bagi memberi penekanan berkaitan motivasi intrinsik dan semangat berterusan dalam pelajaran dengan mengambil iktibar keadaan susah anak-anak muda negara luar yang daif dan bergolak untuk mendapat pendidikan kerana kesusahan hidup yang dihadapi mereka.

 

Melalui program seperti ini, SM dapat menarik perhatian anak-anak muda untuk menjadi manusia yang lebih baik dan mensyukuri keadaan mereka kerana tidak sesusah mereka yang berada di negara yang mempunyai sejumlah kecil masyarakat Islam.

 

Program seperti ini biasanya dihadiri seramai 300 orang pelajar dan para guru kaunselor terlibat. SM sendiri tidak terkecuali menghantar beberapa orang wakil dalam setiap program yang berlangsung dan diringi penceramah hebat iaitu Pengurus Besar SM sendiri, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor.

 

Untuk meneruskan lagi program sebegini di lain-lain tempat, pihak SM sangat mengalu-alukan pihak berwajib untuk berhubung secara langsung dengan pegawai SM di talian 03- 03-8408 1789 atau sertai telegram SM di https://t.me/serantaumuslim atau layari laman sesawang SM di www.serantaumuslim.org.my bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan program seperti ini dan beberapa projek lain dibawah kelolaan SM.