2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan MediaKESIHATAN

SM EDAR BANTUAN KELENGKAPAN HERO MALAYSIA UNTUK FASA KEDUA

MELAKA, 24 APRIL – Alhamdulillah Serantau Muslim (SM) telah berjaya masuk ke fasa kedua untuk pengagihan barang dan kelengkapan barisan hadapan ke hospital-hospital di seluruh Malaysia.

Bagi pengagihan ini, SM telah menyewa dua buah lori khas untuk menghantar barang-barang kelengkapan tersebut. Kedua-dua lori khas bergerak pada hari yang sama dan bakal menurunkan kelengkapan yang diperlukan pihak kakitangan kesihatan di lokasi berbeza.

Ia adalah langkah untuk mempercepatkan proses penghantaran kelengkapan yang diperlukan.

Untuk fasa ini, SM akan mengagihkan ke 10 buah hospital.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada heromalaysia.com.

Ayuh doakan semoga barisan hadapan Malaysia terus menang dalam berjuang merawat mereka yang menghidapi COVID-19.

#SerantauMuslim

#Heromalaysia.com

#SedekahSerantauMuslim

#Ramadhan2020

#StaySafe