Aktiviti SM

SM ANJUR PROGRAM TAJABERBUKA DI KEM PELARIAN SYRIA

20 April – Serantau Muslim menganjurkan program TajaBerbuka di 16 buah negara termasuk di kem-kem pelarian Syria.

Terkini, program ini dilaksanakan di kem pelarian Syria, Al Malaab Arsal.

Dalam program ini seramai 200 buah keluarga telah diberikan juadah berbuka puasa.

Juadah berbentuk makanan siap masak diagihkan untuk setiap keluarga sebelum waktu berbuka.

Persiapan iftar di kem pelarian Syria, Arsal
Persiapan iftar di kem pelarian Syria, Arsal
Makanan diagih kepada pelarian Syria
Antara keluarga yang menerima juadah untuk iftar
Antara keluarga yang menerima juadah untuk iftar