2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SM AGIH BANTUAN MAKANAN DAN KEPERLUAN HARIAN DI KEM MOUSA AL OMAR

Alhamdulillah Serantau Muslim baru sahaja mengagihkan bantuan kepada penduduk di kem Mousa Al Omar, Syria.

Dalam agihan tersebut, sebanyak 101 buah keluarga telah menerima manfaat keperluan pek makanan seperti gandum, minyak masak dan lain-lain keperluan asas beserta 20 liter minyak diesel setiap isi rumah.

Dalam agihan tersebut, terpancar kegembiraan di raut wajah penerima agihan.

Serantau Muslim terus mendoakan penduduk di sana terus kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang dugaan.

Jika ingin menyumbang, boleh layari laman sesawang kami, untukmusyria.com atau boleh terus melakukan transaksi ke akaun rasmi Serantau Muslim Maybank – 5641 0042 3099 dan hantarkan bukti pembayaran ke whatsapp 0108659407.

Antara bekalan makanan yang diagihkan kepada mereka di sana
Antara penerima yang mendapat agihan makanan dan minyak diesel
Antara penerima yang mendapat agihan makanan dan minyak diesel

#Sedekah? Serantau Muslim