2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-03-21 at 11.06.50 AM
Aktiviti SMKenyataan Media

Serantau Muslim Tandatangan Kerjasama Dengan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Kenyataan Media Serantau Muslim
21 Mac 2023

Serantau Muslim hari ini mencipta sejarah apabila menandatangani kerjasama dengan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP.

Perjanjian persefahaman (MoU) antara Serantau Muslim dan Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UCMI) itu memberi fokus kepada program pemerkasaan yang akan membantu untuk menarik lebih ramai mahasiswa untuk menyambung pelajaran di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP dimana usaha ini adalah untuk membantu golongan sasaran yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke tahap tertinggi.

Pemilihan Serantau Muslim sebagai rakan kerjasama dilihat mampu menyampaikan maklumat terus kepada golongan sasaran iaitu asnaf di dalam dan juga luar negara untuk memastikan agar golongan yang kurang berkemampuan terutamanya asnaf dapat menyambung pelajaran ke tahap tertinggi.

Untuk makluman, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP ini adalah sebuah universiti yang dibangunkan di bawah Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang bercita cita untuk menjadi universiti waqaf pertama di Malaysia. UCMI juga menawarkan pelbagai bidang pembelajaran yang kompetatif, melibatkan pelbagai jurusan yang penting seperti FarmasiPengurusan Hotel, Human Resource, Nursing, dan sebagainya yang memerlukan kepada pelajar-pelajar menyambung pelajaran di sini.

Menurut Ustaz Hakim Mohd Nor , Pengerusi Serantau Muslim semasa ditemui, beliau melafazkan rasa syukur atas kerjasama yang dijalankan ini kerana sepanjang Serantau Muslim menghulurkan bantuan ke seluruh dunia, terdapat ramai anak-anak yang merupakan asnaf tercicir pelajaran mereka kerana kekurangan dana.

Dengan adanya inisiatif yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP ini yang menaja penginapan, pengangkutan, makan minum serta yuran pengajian kepada mereka yang bergelar asnaf, dilihat mampu untuk menyelesaian masalah utama pelajar tidak mampu menyambung pelajaran berikutan kekurangan dana.

Dalam masa yang sama, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP juga melafazkan rasa terima kasih atas kesudian Serantau Muslim menjadi rakan kerjasama untuk merancakkan lagi agenda pendidikan golongan kepada golognan asnaf diperingkat yang lebih tinggi.

Beliau juga berharap dengan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan Insha-Allah dalam masa terdekat agar kolej universiti ini dapat dinaiktaraf kepada universiti supaya dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar-pelajar lepasan daripada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP ini.