2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-01-13 at 5.50.58 PM
Aktiviti SMInfo Semasa

Serantau Muslim Mulakan Kerjasama Rasmi Bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pada Rabu yang lalu, Serantau Muslim telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Angkatan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Hakim Mohd Nor telah disambut baik oleh Pengarah APM Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim.

Di dalam pertemuan itu, kedua-dua belah pihak telah berbincang dan merancang untuk bekerjasama dengan lebih erat dan secara rasmi dalam gerak kerja misi bantuan dan kemanusiaan.

APM bukanlah asing dengan Serantau Muslim, sebelum ini pasukan itu banyak membantu melancarkan gerak kerja misi bantuan di Malaysia, paling terkini ialah misi bantuan kecemasan banjir pantai timur baru-baru ini.

Serantau Muslim juga telah menyatakan kesediaan untuk menubuhkan pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT). Ini adalah antara usaha Serantau Muslim bagi memastikan pasukan dan sukarelawan Serantau Muslim dalam keadaan siapsiaga dan mempunyai kemahiran asas dalam gerak kerja kemanusiaan dan kecemasan.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Serantau Muslim, Muhammad Faee Azahar; Bendahari Serantau Muslim, Dr Taufiq Razif; wakil Sukarelawan Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Idzham Hadi Sidik; dan semua Head Of Department Serantau Muslim.