2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SERANTAU MUSLIM LANCAR DERMA KILAT UNTUK KEBAJIKAN KAKITANGAN UTUSAN MELAYU

 

Telok Mas, 21 Ogos – Serantau Muslim telah melancarkan derma kilat untuk membantu kebajikan kakitangan Utusan Melayu yang sudah 3 bulan tidak menerima gaji bulanan.

 

Orang ramai boleh bersama-sama Serantau Muslim untuk menderma bantuan serendah RM100 untuk seorang kakitangan agar mereka dapat meneruskan kehidupan harian mereka.

 

Susulan itu, Serantau Muslim menyasarkan seramai 350 orang kakitangan Utusan Melayu untuk dibantu.

 

Orang ramai yang berminat untuk membantu boleh ke akaun Maybank Serantau Muslim, 5641 0042 1083.

 

Serantau Muslim mengambil inisiatif ini agar bebanan yang ditanggung pekerja Utusan Melayu sedikit berkurang memandangkan situasi yang melanda syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ketika ini.

 

Dalam pada itu juga, Utusan Melayu wajar diselamatkan kerana jasanya yang begitu besar menyiarkan berita-berita dan perkembangan negara sejak dahulu lagi tanpa mengira aspek.

 

Serantau Muslim turut difahamkan Syarikat Utusan Melayu yang berusia 80 tahun kini berada dalam keadaan kewangan yang ‘tenat’ menyebabkan berlaku tunggakan gaji pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).