2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM EDAR KOTAK MAKANAN UNTUK PELARIAN SYRIA

5 Mei 2021 – Serantau Muslim terus mengagihkan bantuan tajaberbuka kepada pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian Syria.

Dalam agihan tersebut, rakan kerjasama Serantau Muslim mengedarkan barangan tersebut kepada keluarga yang memerlukan di khemah-khemah mereka dan ada yang hadir untuk menerima kotak makanan tersebut.

Di daerah Arsal, seramai 70 keluarga menerima bantuan tersebut, iaitu kem Jaber 1 dan Jaber 2.

Manakala di Kem Pelarian Syria, Beeka, Bareliase sebanyak 12 kem pelarian yang menerima kotak makanan untuk ahli keluarga mereka.

Antaranya ialah kem Al Jamal (43 keluarga), kem Al Hamasni (27 keluarga), kem Zakour (7 keluarga), kem Al kora (22 keluarga), kem Nawaf (58 keluarga), kem Abo wael (35 keluarga), kem Kohder (50 keluarga), kem Al Inma (100 keluarga), kem Ali Jada (64 keluarga), kem Morad (145 keluarga), kem Mount Lebanon (200 keluarga) dan kem Adnan Al Mias (23 keluarga).

Serantau Muslim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumpang dan didoakan segala usaha ini diberkati ALLAH SWT.