2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

SERANTAU MUSLIM DAN HALUAN BEKERJASAMA DALAM MEMBANTU MANGSA PASCA BANJIR

Baru-baru ini, Serantau Muslim bersama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah menyantuni penduduk kampung di sekitar Temerloh bagi memberikan bantuan pek makanan.

Pek makanan ini diberikan berikutan mereka di sana terjejas akibat banjir besar yang berlaku pada awal tahun lalu.

Antara penerima yang menerima bantuan pasca banjir

Dalam agihan tersebut, sebanyak 100 buah keluarga telah menerima bantuan ini. Pek makanan ini mengandungi makanan ruji dan keperluan harian seperti bihun, mee wantan, minyak masak, susu, gula, kordial, telekung, lampin pakai buang dan lain-lain.

Antara barangan yang diterima oleh penduduk pasca banjir di Temerloh

Serantau Muslim berharap mangsa pasca banjir di Temerloh ini dapat mengumpul semula semangat mereka untuk terus meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Semoga kerjasama yang diadakan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan di sana.

Antara penerima yang menerima bantuan pasca banjir

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.serantaumuslim.org.my.