2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-26 at 9.23.41 PM (2)
Aktiviti SMInfo Semasa

SERANTAU MUSLIM BANTU MANGSA GEMPA TURKIYE, SYRIA

Melawat gudang barangan bantuan

Serantau Muslim telah turun padang melihat dan merasai pengalaman untuk menyantuni mangsa-mangsa di Turkiye dan Syria.

Pada awalnya, Serantau Muslim telah melawat gudang rakan kerjasama di sana sebelum menyantuni mangsa gempa bumi.

Buat makluman, gudang milik Humanitarian Relief Foundation (IHH) yang telah dilawati Serantau Muslim itu menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak dari seluruh dunia.

Serantau Muslim turut berkesempatan bertemu dengan NGO Malaysia, Pertubuhan Tumbuh Insani yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Turkiye.

Selain itu, Serantau Muslim turut bertemu NGO Your Local Heroes dari negara Brunei yang turut dipelopori oleh anak-anak muda.

Proses bungkusan barangan bantuan

Serantau Muslim telah bersama-sama dalam menyediakan keperluan makanan kepada mereka di sana.

Keperluan makanan seperti makanan yang siap dimasak dan makanan kering diagihkan kepada mangsa-mangsa di sana.

Kawasan yang telah disantuni Serantau Muslim ialah Bozhoyuk, Turkiye iaitu salah satu kawasan mangsa gempa bumi.

Proses penyediaan dan bungkusan hot meal

Proses penyediaan dan bungkusan hot meal telah diagihkan kepada mangsa gempa bumi di Bozhoyuk, Turkiye.

Buat makluman, gempa bumi 7.8 skala richter lalu telah menyebabkan ramai penduduk hilang pendapatan, dan paling menyedihkan ialah ada dalam kalangan mereka yang sukar untuk mendapat makanan. Mereka mengharapkan bantuan dan belas ihsan orang ramai untuk membantu mereka.

Jadi, Serantau Muslim hadir bagi menyantuni mereka dan meringankan sedikit sebanyak beban mereka.

Serantau Muslim ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua komuniti yang telah membantu mereka dengan menghulurkan sumbangan demi sesuap nasi kepada mereka.