2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM AGIH PEMANAS DAN ARANG BATU DI IDLIB

14 Jan 2022: Serantau Muslim yang diwakili rakan kerjasama di Idlib, Syria telah membuat agihan pemanas dan arang batu di Idlib.

Barang keperluan yang diagihkan itu bertujuan bagi memudahkan urusan saudara se-Islam kita di sana untuk memanaskan badan terutama musim sejuk.

Musim sejuk di sana dianggarkan berterusan sehingga awal April.

Ayuh kita doakan agar saudara umat Islam di sana terus kuat dan tabah melalui sebarang ujian hidup.

Bagi yang ingin bersama-sama Serantau Muslim membantu mereka di sana, layari untukmusyria.com atau www.serantaumuslim.org.my