2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
e5b3fbb3-a817-4fc0-bded-41c27bae4385.jpg
Info Semasa

Serangan di Gaza tiada tarikh noktah

GAZA: Selepas tiga hari ‘bermandi darah’ dan dihujani bedilan roket Israel, penduduk di Semenanjung Gaza sudah kembali menjalani kehidupan normal seperti biasa.

Serangan Zionis terhadap kumpulan pejuang Jihad Islam meragut nyawa 46 orang awam termasuk 16 kanak-kanak dengan 360 yang lain cedera.

Selepas keadaan kembali reda dan bekalan elektrik pulih, penduduk Palestin berusaha menyelamatkan harta benda mereka di sebalik runtuhan rumah yang hancur dan membersihkan sisa-sisa serpihan konkrit.

Peniaga kedai di Gaza, Hazem Douima berkata, dia berasa gembira sejurus berita mengenai gencatan senjata diumumkan.

“Kami tidak mahu lebih banyak pertumpahan darah berlaku dan mahu kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Suasana menyayat hati apabila sebuah keluarga terpaksa menerima suratan takdir untuk mengebumikan empat remaja yang terbunuh dalam konflik itu.

Ratusan penduduk dilihat berarak di utara Gaza, Jabalia, semasa mengiringi pemergian mangsa yang terkorban.

Seorang penduduk, Mohammed Alai berkata, ‘Gaza sedang merawat lukanya’.

Tentera Israel tidak pernah mengaku salah apatah lagi menuding jari terhadap kegagalan serangan roket Jihad Islam yang mengenai orang awam dan kanak-kanak.

Jurucakap, Mohammed Thabet memaklumkan satu-satunya loji janakuasa Gaza yang ditutup selama dua hari sudah mula menjana elektrik semula.

Sebelum ini, pemadaman loji itu mencetuskan kebimbangan terhadap operasi hospital, sejak pertempuran terburuk selama 11 hari antara Zionis dengan pejuang Hamas, tahun lalu.

Petang Isnin lalu, sejak gencatan senjata diumumkan, Perdana Menteri Israel, Yair Lapid menerusi siaran televisyen berkata, pengeboman ‘mendatangkan tamparan yang dahsyat kepada musuh’ dan ‘seluruh tentera kanan Jihad Islam di Gaza berjaya disasarkan’.

Sumber: Utusan