2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SEORANG PEMUDA MAUT SELEPAS SERTAI PROTES DI KASHMIR

 

SRINAGAR, 5 Sept – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira sebulan, selepas cedera dalam satu protes yang disertai di Kashmir, sekali gus kes pertama membabitkan kematian, sejak India menarik balik status khas wilayah berkenaan.

 

Berita kematian itu diumumkan selepas Pakistan mengeluarkan amaran bahawa India cuba ‘menyemai benih peperangan’ di wilayah majoriti penduduk Islam itu, yang menjadi medan pertikaian antara kedua-dua negara kuasa nuklear terbabit.

 

India dan Pakistan masing-masing menguasai sebahagian daripada Kashmir, namun, pada masa sama menuntut hak ke atas wilayah berkenaan.

 

Menurut pihak berkuasa, Asrar Ahmed Khan, 18, yang berasal dari Srinagar, meninggal dunia pada Selasa lalu di hospital, akibat kecederaan yang dialami sejak sebulan lalu.

 

“Beliau dilaporkan cedera akibat terkena objek tumpul, ketika pihak keselamatan cuba mengawal perusuh yang melontar batu.

 

“Beberapa penunjuk perasaan mendakwa Khan cedera akibat terkena kanister gas pemedih mata, tetapi pihak berkuasa mengesyaki beliau terkena batu,” kata Ketua Pengarah Polis Jammu dan Kashmir, Dilbag Singh kepada Reuters.

 

Dalam pada itu, media melaporkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam tunjuk perasaan itu, tetapi pihak berkuasa menolak dakwaan berkenaan.

 

 

Sumber: Berita Harian