2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SELURUH LUBNAN BERGELAP DISEBABKAN SALJI LEBAT

KAHERAH: Seluruh wilayah Lubnan terputus bekalan elektrik berikutan salji lebat melanda negara itu.

“Akibat ribut salji yang melanda Lubnan, laluan voltan tinggi dari grid tenaga Lubnan berlebihan pada jam 4.35, Rabu (waktu tempatan), selepas semua stesen janakuasa terputus dari grid tenaga,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, seperti dipetik saluran penyiaran LBC.

Pasukan perkhidmatan penyelenggaraan sedang berusaha untuk memulihkan bekalan tenaga.

Dalam pada itu, Serantau Muslim berharap keadaan pulih seperti sedia kala dan mendoakan semoga semua penduduk berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Berita Harian