2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-64 DARI SERANTAU MUSLIM

Serantau Muslim yang terdiri daripada barisan Duta, Ahli Jawatankuasa dan semua kakitangan ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-64 kepada semua rakyat Malaysia walau di mana jua mereka berada.

‘Malaysia Prihatin’ yang merupakan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan 2021 ini diharap dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan mempraktikkannya untuk kebaikan bersama.

Serantau Muslim berharap semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan kebaikan lebih padu, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Serantau Muslim juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.  

Jika diselami dengan lebih mendalam, ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Serantau Muslim juga berharap agar semua lapisan masyarakat bukan hanya menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!, malah erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi kini berhadapan dengan pelbagai ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Akhir kata, Serantau Muslim mendoakan negara kita yang tercinta, iaitu Malaysia sentiasa dalam lindungan payung rahmat Allah SWT dan aman serta makmur dari sebarang ancaman musuh.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#SerantauMuslim