2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SEJUTA RAKYAT PALESTIN DITAHAN ISRAEL SEJAK 1967

RAMALLAH: Kira-kira sejuta rakyat Palestin ditahan oleh tentera Israel sejak perang Asia Barat meletus pada tahun 1967.

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan ketika mendedahkan maklumat itu, berkata antara yang ditahan oleh tentera rejim itu ialah kira-kira 17,000 wanita dan 50,000 kanak-kanak.

“Lebih 54,000 penahanan pentadbiran direkodkan sejak 1967,” kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan.

Dasar penahanan pentadbiran memperuntukkan hak kepada pihak berkuasa Israel untuk melanjutkan tempoh tahanan seseorang banduan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

Suruhanjaya itu berkata, seramai 226 orang yang ditahan dilaporkan meninggal dunia ketika berada dalam penjara Israel sejak 1967.

Katanya, semua individu yang ditahan mengalami penyeksaan berbentuk psikologi atau fizikal, penderaan moral dan layanan kejam.

Berdasarkan perangkaan dikumpulkan organisasi mengenai hak banduan, dianggarkan 4,500 rakyat Palestin dipercayai ketika ini masih berada di dalam penjara Israel, termasuk 41 wanita, 140 individu bawah umur dan 440 tahanan pentadbiran.

Ketika perang Asia Barat pada 1966, Israel menawan Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis, Golan Heights Syria dan Semenanjung Sinai, Mesir, yang kemudian kembalikan kepada kerajaan Mesir menerusi perjanjian damai 1979 bersama Israel.

Sumber: Berita Harian