2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

SEBARAN RASMI BERKAITAN TENANGKIT MELALUI BANTUANKECEMASAN.COM ANJURAN SERANTAU MUSLIM DENGAN KERJASAMA PMC

Assalamualaikum

Tuan/Puan.

Tarikh edaran : 23 Mac 2020

KIT TENANG adalah pakej bantuan makanan yang diwujudkan utk membantu mereka yg terjejas akibat COVID-19 di dalam Malaysia terutamanya para asnaf dan golongan B40. Tenangkit juga akan sampaikan makanan berupa buahan segar kepada frontliner di Hospital.

Untuk makluman, KIT TENANG ini merupakan inisiatif Serantau Muslim (SM) dan Prof Muhaya Circle (PMC) berupa bantuan pek makanan spt beras, minyak, tepung dan barang keperluan asas yang lain.

Tuan/Puan yang memerlukan bantuan kecemasan ini bolehlah memohon bantuan KIT TENANG ini di link
serantaumuslim.org.my/daftarasnaf

Memandangkan sekatan perjalanan dan perintah untuk duduk di rumah yang berlaku, kaedah serahan sumbangan akan dibuat melalui pengambilan barangan di kedai runcit berhampiran. Mereka yang layak menerima akan dihubungi pihak SM untuk mereka dapatkan bantuan tersebut di kedai runcit yang terpilih.

Untuk tujuan itu, pihak SM juga memohon orang ramai untuk memberi maklumat kedai runcit yang berhampiran dengan kediaman mereka untuk dihubungi oleh pihak SM.

Link untuk update kedai runcit/pasaraya tersebut adalah seperti berikut

Serantaumuslim.org.my/kedairuncit

Sebarang maklumat berkaitan KIT TENANG akan kami update di laman sosial media Serantau Muslim.

Pemilihan asnaf yang layak menerima sumbangan tenangkit adalah dibuat berdasarkan tapisan melalui rekod yang kami terima dan ‘cross reference’ dengan pihak berkaitan seperti Lembaga Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rakan NGO untuk mengelakkan bantuan berganda dan mengelakkan keciciran bantuan.

Dapatkan update terkini jumlah sumbangan melalui telegram channel t.me/heromalaysia

Kita harapkan dapat memberi lebih banyak sumbangan kepada asnaf dan mereka yang terjejas di musim ini. Justeru, orang ramai amatlah diharapkan dapat turut menyumbang bantuan pek tenangkit dengan layari bantuankecemasan.com

Semoga Allah SAW akan mempermudahkan segala urusan kita. Amin.

Mesej ini adalah daripada NGO Serantau Muslim. Layari website kami iaitu www.serantaumuslim.org.my atau facebook.com/serantaumuslim untuk info lanjut.