2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-19 at 2.09.16 PM (1)
Uncategorized @ms

‘Satu kotak ubat untuk tebusan Israel, 1,000 kotak untuk penduduk Gaza’ – Syarat baharu

Anggota kanan biro politik Hamas, Musa Abu Marzuk mendedahkan syarat baharu untuk penghantaran ubat kepada tebusan di Gaza.

Katanya, syarat itu adalah setiap kotak ubat yang masuk untuk tebusan Israel, 1,000 kotak akan diberikan kepada penduduk Gaza.

“Untuk setiap kotak ubat yang masuk untuk mereka, 1,000 kotak akan masuk untuk penduduk Gaza,” katanya dalam aplikasi X yang dipetik Utusan Malaysia.

Marzuk berkata, ubat-ubatan itu akan dibekalkan melalui negara yang dipercayai Hamas dan bukan Perancis.

Malah, ubat-ubatan itu akan pergi ke hospital yang berbeza-beza.

“Tri farmaseutikal akan masuk tanpa pemeriksaan Israel,” katanya.

Tetapi badan tentera Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal awam di wilayah Palestin, COGAT memberitahu AFP bahawa lima trak yang membawa ubat-ubatan akan menjalani pemeriksaan keselamatan di persimpangan Kerem Shalom.

Semua penghantaran bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza tertakluk kepada penelitian Israel.

Kemudian, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari memberitahu wartawan, Israel akan berusaha sedaya upaya untuk memeriksa dengan Qatar bahawa ubat-ubatan itu akan sampai kepada tebusan yang memerlukannya.

Ubat untuk tebusan di Gaza dan bantuan kemanusiaan untuk orang awam memasuki wilayah Palestin yang dilanda perang semalam adalah di bawah perjanjian melibatkan Qatar dan Perancis.

“Sejak beberapa jam lalu, ubat dan bantuan memasuki Gaza, dalam pelaksanaan perjanjian yang diumumkan semalam untuk manfaat orang awam di sini, termasuk tebusan,” jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari yang menulis di aplikasi X.

Di bawah perjanjian tersebut, ubat-ubatan bersama dengan bantuan kemanusiaan akan dibekalkan kepada orang awam di Gaza sebagai pertukaran untuk menghantar ubat-ubatan yang diperlukan oleh tebusan yang ditahan di sana.

45 tebusan dijangka menerima ubat mengikut perjanjian antara Israel dan Hamas.

Terdahulu, dua pesawat Qatar yang membawa ubat-ubatan tiba semalam di bandar El-Arish, Mesir, berhampiran persimpangan sempadan Rafah, kata Kementerian Luar Qatar.

Kementerian Luar Qatar berkata, pesawat itu membawa 61 tan bantuan termasuk ubat-ubatan.

Perancis berkata, ubat-ubatan itu akan dihantar ke hospital di Rafah di mana ia akan diserahkan kepada Palang Merah dan dibahagikan kepada beberapa kelompok sebelum dipindahkan kepada tebusan.

Hamas membebaskan berpuluh-puluh tebusan sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel semasa gencatan senjata November lalu yang dikelolakan oleh Qatar yang menjadi tuan rumah kepada pejabat politik kumpulan itu.

Kira-kira 250 orang dibawa ke Gaza oleh pejuang Palestin semasa serangan bersejarah 7 Oktober lalu oleh Hamas ke atas masyarakat Israel selatan.

Pegawai Israel berkata, 132 daripada mereka masih ditahan di wilayah itu, termasuk 27 yang dipercayai dibunuh (AFP).

Serangan 7 Oktober lalu itu mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang di Israel, kebanyakannya orang awam (AFP).

Sejak itu, Israel melancarkan serangan hebat di Gaza yang telah membunuh sekurang-kurangnya 24,448 orang, lebih 70 peratus daripadanya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.