2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

SALAM KEMERDEKAAN KE-62: SERANTAU MUSLIM

 

Serantau Muslim (SM) mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang mana, negara kini telah mencapai kemerdekaan ke-62.

 

Tema kemerdekaan tahun ini, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 24 Julai 2019 lalu diharapkan semua rakyat Malaysia dapat menghayati dan mempraktikkannya secara menyeluruh.

 

SM yakin jika semangat perpaduan dan semangat cintaan negara demi kesejahteraan serta keharmonian rakyat menjadi keutamaan semua rakyat Malaysia, negara akan berdiri gah seiring ke arah positif tanpa wujud sebarang konflik.

 

Dalam masa yang sama, SM menyeru rakyat Malaysia saling mempererat hubungan tanpa mengira warna kulit dan kaum demi keharmonian negara.

 

SM juga berharap rakyat Malaysia tidak akan mensia-siakan setiap inci peluang dan ruang kedamaian yang dimiliki Malaysia untuk menggembeleng usaha demi memajukan tanah air tercinta ini.

 

#SayangiMalaysiaku:MalaysiaBersih

Merdeka! Merdeka! Merdeka!