2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Screenshot 2024-01-26 153710
Uncategorized @ms

Ribuan lelaki Gaza diseksa – PBB

Ribuan lelaki Gaza ditahan dan diseksa sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.

Sebahagian daripada mereka yang sudah dibebaskan melaporkan ditutup mata, dipukul dan akhirnya dibebaskan dengan hanya memakai lampin.

Wakil pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Ajith Sunghay, berkata beberapa tahanan yang dibebaskan memberitahu mereka dikurung oleh pasukan keselamatan Israel di lokasi yang tidak diketahui selama 30 hingga 55 hari, lapor Berita Harian.

Mereka dipukul, dimalukan, menerima layanan buruk yang boleh dianggap sebagai penyeksaan.

Mereka juga memberitahu, mata mereka ditutup untuk tempoh yang lama, sebahagian daripada mereka selama beberapa hari berturut-turut.

Seorang lelaki berkata, beliau hanya boleh mandi sekali sepanjang 55 hari dalam tahanan.

Sunghay berkata, keterangan mereka selaras dengan laporan yang diterima oleh pejabat hak asasi manusia PBB mengenai penahanan rakyat Palestin secara besar-besaran.

Ini termasuk ramai orang awam yang ditahan secara rahsia dan tanpa pengetahuan keluarga mereka, mendapat khidmat peguam atau perlindungan undang-undang.

Sunghay berkata, dia tidak dapat memberikan angka tepat jumlah yang ditahan tetapi berkata dipercayai ribuan.

Beliau berkata, Israel mempunyai kewajipan untuk memastikan setiap orang yang ditahan dilayan selaras dengan norma antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan.

“Melainkan Israel boleh menunjukkan alasan keselamatan yang penting bagi setiap orang yang masih dalam tahanan, mereka mesti didakwa atau dibebaskan.

“Semua kes perlakuan buruk atau penyeksaan terhadap orang yang ditangkap atau ditahan mesti disiasat sepenuhnya dengan telus,” tambahnya.