2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

RAMALLAH: Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat, sehari sebelumnya, kata sumber perubatan Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, remaja dikenali sebagai Kamel Alawnah meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Israel di bahagian perut dan tangan di Jenin.

Sumber perubatan memaklumkan Kamel cedera di Jaba, sebuah kampung di wilayah Jenin di utara Tebing Barat.

Namun, tentera Israel menerusi kenyataan mendakwa menyatakan “seorang suspek melemparkan bom molotov” ke arah pasukan tenteranya berhampiran Jaba, pada Sabtu lalu.

“Jadi, tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, seramai 49 warga Palestin terbunuh sejak akhir Mac lalu di seluruh Israel dan wilayah Palestin.

Pasukan keselamatan Israel melakukan serbuan hampir setiap hari di Tebing Barat termasuk di sekitar Jenin.

Sumber: Utusan