Info SemasaKenyataan Media

REMAJA PALESTIN LELAKI PERTAMA TERKORBAN SELEPAS PELAN DAMAI ASIA BARAT DIBENTANG


Melaka, 6 Feb – Serantau Muslim (SM) kesal dengan tindakan tentera Israel kerana telah menembak seorang remaja Palestin di Tebing Barat semalam, sekali gus menjadi rakyat Palestin pertama yang maut dalam bantahan terhadap pelan damai Asia Barat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

SM difahamkan tentera Israel bertindak balas sedemikian selepas mereka mendakwa seramai 15 orang penunjuk perasaan melempar batu terhadap tenteranya dan alasan itu dilihat seringkali digunapakai Israel bilamana adanya angka korban dari kalangan rakyat Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan Mohammed al-Haddad, 17, telah ditembak dalam kejadian itu selepas sebiji peluru menembusi jantungnya ketika bertempur dengan tentera di kawasan Bab al-Zawya di Hebron dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital Hebron.

Dalam kejadiaan ini, SM melihat usaha Israel dan sekutunya begitu sukar berdamai walaupun sebelumnya mereka telah membentangkan pelan damai dengan Palestin. Insiden ini jelas terbukti tindakan pihak Israel bukannya berusaha ke arah perdamaian malah lebih mengeruhkan keadaan.

Susulan kejadian ini juga, SM menyokong penuh usaha Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana menolak keputusan pelan damai tersebut semalam. Tindakan pemerintah tertinggi dan rakyat Palestin serta OIC ini dilihat matang selepas apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin kerana segala yang dicadangkan Trump tidak akan membawa ke arah perdamaian malah lebih kepada penindasan.

Jika pelan damai diteruskan juga, mungkin lagi mudah untuk Israel dan sekutunya mengadakan ‘aktiviti penghapusan kemanusiaan’ yang dirancang rapi mereka.

Justeru, SM berharap semua ini akan berakhir dan umat Islam di Palestin terus kuat menghadapi ujian yang berlaku di sana. Sama-sama doakan kemananan buat rakyat di sana.

[TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN SERANTAU MUSLIM, MAYBANK ISLAMIK – 5641 0042 3082]

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengerusi Serantau Muslim

#peaceforarakan #sendmelove #serantaumuslim