2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

38 MAUT AKIBAT RUNTUHAN SALJI

Istanbul, 7 Feb – Sekurang-kurangnya 38 orang yang kebanyakannya adalah penyelamat maut manakala, 12 lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan salji kedua di timur Turki berhampiran sempadan Iran.

CNN melaporkan, lebih 100 penyelamat dihantar ke wilayah Van di timur Turki dalam usaha mencari dan menyelamat dua mangsa dipercayai masih tertanam selepas runtuhan salji semalam.

Pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki dalam satu kenyataan memaklumkan, misi mencari dan menyelamat diteruskan di daerah Bahcesaray, wilayah Van, timur Turki.

Bagaimanapun, runtuhan salji kedua berlaku pada tengah hari semalam menyebabkan 14 penyelamat maut menjadikan jumlah keseluruhan 33 orang.

Mayat 14 penyelamat dan sembilan orang awam ditemui di tempat kejadian di wilayah Van, di mana mereka membantu menggali bas mini yang tertimbus akibat runtuhan salji kelmarin.

Kejadian berlaku di daerah Bahcesaray berikutan cuaca buruk dan sebuah bas mini yang sedang melalui lebuh raya Van-Bahcesaray turut terkena runtuhan salji.

Dikelilingi kawasan pergunungan, daerah Bahcesaray sering berdepan musim sejuk melampau.

Sumber: Harian Metro