2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

REJIM Z1.NI$ KECILKAN ZON TANGKAPAN IKAN DI GAZA

TEL AVIV: Rejim Z1.nis bertindak mengecilkan lagi zon tangkapan ikan di Gaza sebanyak separuh, kata pegawai pertahanan, selepas berlaku ancaman serangan belon api dilancarkan dari wilayah Palestin.

Al-Jazeera melaporkan, Penyelaras Aktiviti Kerajaan dan Wilayah Israel (COGAT) memberitahu, pihak rejim memutuskan untuk mengurangkan zon tersebut dariapda 12 batu nautika kepada enam batu nautika.

“Keputusan itu dibuat susulan ancaman serangan belon api yang dilihat melanggar kedaulatan Isr@el,” jelas COGAT.

Sebelumnya, pasukan bomba Isr@el bertindak memadam kebakaran yang berlaku di wilayah Eshkol susulan serangan belon api.

Serangan belon api terbaru itu dilakukan dua bulan selepas serangan Israel selama 11 hari di Gaza, meningkatkan prospek serangan Isr@el di wilayah yang dikuasai Hamas.

Sebelum konflik Mei, zon perikanan Gaza berada sejauh 15 batu nautika.

‘Perang Mei’ lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 260 penduduk Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan menyebabkan kerosakan yang meluas pada infrastruktur dan kawasan perumahan.

Sumber: Utusan