2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

REJIM SYRIA SIAP SEDIA SERANG ORANG AWAM

ANKARA, 21 Feb – Tentera rejim Bashar al-Assad di Syria sedang bersedia untuk menyerang penempatan orang awam di Aleppo dan kemudian menyalahkan Turki kerana “menyasarkan orang awam,” demikian menurut kumpulan penentang di Idlib, barat laut Syria.

Agensi berita Anadolu melaporkan kumpulan penentang itu berjaya menyusup masuk ke dalam elemen rejim Assad.

Mereka mendakwa pasukan rejim sedang bersedia untuk menyerang kawasan kejiranan al-Hamdaniyah di Aleppo dan kemudian akan menyalahkan Turki kerana menyasarkan warga awam di sana, sekaligus memulakan kempen memburukkan Turki.

Tentera rejim Assad mengawal pusat bandar Aleppo sepenuhnya sejak Disember 2016.

Khamis lalu, kumpulan penentang memulakan operasi untuk mengambil semula penempatan yang dikuasai pasukan rejim di selatan Idlib. Pasukan penentang bergerak ke kampung al-Nayrab, barat laut wilayah Saraqib.

Sumber: AlHijrah Online