REJIM ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA DI GAZA
GAZA – Rejim Israel pada Rabu melancarkan siri serangan udara di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu.
Pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas, kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee dalam satu kenyataan.
Menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya dua serangan udara menyasarkan markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini, manakala beberapa kediaman mengalami kerosakan.
Sumber: Berita Harian
304