REJIM ISRAEL LANCAR SERANGAN SASARKAN KUMPULAN HAMAS
GAZA CITY – Rejim Israel melancarkan serangan yang menyasarkan kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, hari ini, menurut sumber tentera yang dilaporkan agensi berita Anadolu.
Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam, diserang tentera Israel.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel.
Sumber: Berita Harian
500