2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
38c28e33-ee12-46cd-9651-479ab9a6e28e.jpg
Info Semasa

Qurban Mudah dapat sokongan rakyat Malaysia, laksana qurban di seluruh dunia

Serantau Muslim yang mewakili peserta ibadah qurban pada tahun ini (10 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 10 Julai 2022) telah selamat dilaksanakan di 16 negara termasuk Malaysia.

Negara-negara yang selamat melaksanakan ibadah qurban tahun ini ialah Malaysia, Pakistan, India, Arakan, Filipina, Nepal, Kemboja, Bangladesh, Syria dan Palestin. Hanya tinggal beberapa tempat lagi masih menunggu makluman terkini daripada wakil Serantau Muslim.

Alhamdulillah dan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Serantau Muslim.

Buat makluman umum, kesemua gambar yang diperlukan akan dimuat naik dari semasa ke semasa oleh kakitangan Serantau Muslim.

Serantau Muslim mengucapkan syukur sekali lagi kerana dengan pelaksanaan ibadah qurban ini, ramai muslim minoriti yang memerlukan di negara-negara bergolak dapat dibantu.

Mereka yang dhaif juga dapat merasai nikmat menjamah daging walaupun sekali dalam setahun.

Teruskan bersama laman sesawang rasmi Serantau Muslim dan semua sosial media Serantau Muslim agar segala maklumat terkini tentang aktiviti Serantau Muslim dapat diketahui dan dihebahkan.