2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

PROJEK WAQAF TELAGA SERANTAU MUSLIM BERJALAN LANCAR

Projek waqaftelaga.com anjuran Serantau Muslim ini merupakan salah satu projek besar SM yang mana tujuan utamanya adalah untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada masyarakat muslim minoriti yang memerlukan seperti di Negara ASEAN (Kemboja, Myanmar) dan termasuk pelarian Rohingya.

Dengan beberapa pakej yang ditawarkan kepada orang ramai, kini ramai masyarakat berpeluang memilih dan melaksanakannya mengikut kemampuan tersendiri.

Buat makluman saudara/saudari, antara lokasi pembinaan telaga yang dijalankan oleh Serantau Muslim ialah di Siem Reap, Kbong Kmum, Kompung Cham. Semua kampung-kampung ini terletak di Kemboja.

Manakala di Arakan pula, lokasi pembinaan telaga ialah di Piyalicahng, Sakki Parah, Mosannah Parah, Barizah Parah, Napong, Halsang dan Repot Barizah.

Buat masa ini, segala kerja-kerja pembinaan telaga anjuran Serantau Muslim ini berjalan lancar dan baik.

Orang ramai yang masih mempunyai apa saja hajat untuk berwaqaf, boleh layari waqaftelaga.com.

Dalam projek waqaftelaga.com, orang ramai mempunyai pilihan tersendiri mengikut tiga pakej yang telah ditetapkan pihak Serantau Muslim.

Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej 1 : RM 200/Lot (8 lot yang mana nama ditelaga tidak boleh lebih dari 15 huruf), manakala dalam Pakej 2 : RM 800/Lot (2 lot / (keluarga / pewakaf yang berbeza) yang mana setiap lot boleh diletakkan 1 nama di telaga tidak melebihi 20 huruf) dan Pakej 3 : RM 1600 / sebuah (1 lot / keluarga / pewakaf) dimana pelanggan boleh menamakan apa-apa nama di ruangan telaga yang telah disumbangkan).

Disamping itu, orang ramai yang telah melaksanakan projek ini bersama Serantau Muslim, mereka akan mendapat manfaat seperti sijil waqaf (yang akan dihantar melalui emel), gambar dan video telaga (boleh dilihat melalui link yang akan disertakan selepas projek) dan menyatakan pilihan nama tertentu untuk dipaparkan pada ruangan telaga yang diwaqafkan.

Pihak Serantau Muslim juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai saluran telegram Serantau Muslim di https://t.me/serantaumuslim bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan info terkini dan beberapa projek lain dibawah kelolaan Serantau Muslim.

Sumber: Media Serantau Muslim