2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

PROGRAM DAKWAH ANJURAN SERANTAU MUSLIM DI KEM PELARIAN SYRIA, LEBANON

Serantau Muslim mengajurkan program dakwah di kem yang didiami pelarian Syria.

Tujuan utama program seperti diwujudkan adalah bagi mengatasi isu ‘buta’ agama dalam kalangan umat Islam di sana.

Serantau Muslim telah menyimpan hasrat untuk mengadakan kelas sebegini telah lama, namun hanya tahun ini Allah SWT telah permudahkan segala urusan NGO dan rakan kerjasama di sana.

Untuk permulaan, Serantau Muslim menjalankan program ini di kem pelarian Syria di Lebanon bermula awal Ramadhan lalu.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim menaja guru-guru agama untuk mengajar dan menjalankan aktiviti keagamaan di dalam kem pelarian.

Serantau Muslim mendoakan program seperti ini boleh membawa 1001 manfaat kepada umat Islam di sana dan segala usaha ini diberkati Allah.

Layari www.serantaumuslim.org.my untuk maklumat lanjut.

Antara anak-anak Syria perempuan yang menghadiri program agama di sana
Antara anak-anak Syria yang menghadiri program agama di sana
Ustaz dan anak-anak Syria yang menghadiri program agama di sana
Proses pelajaran di kelas yang sedia ada