2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PRESIDEN PALESTIN SEDIA MULA RUNDINGAN DAMAI DENGAN ISR@EL

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) beliau bersedia untuk menjalankan proses perdamaian dengan Israel berteraskan resolusi antarabangsa.

Abbas berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat di Tebing Barat, Ramallah bersama Pembantu Timbalan Setiausaha Negara AS, Hady Amr, berhubung hal ehwal Israel dan rakyat Palestin, lapor agensi berita Xinhua yang memetik pegawai agensi berita Palestin (WAFA).

Abbas memberitahu Amr persidangan antarabangsa mengenai perdamaian di Asia Timur mengikut kerangka antarabangsa perlu diadakan bagi merungkai penjajahan Israel dan menubuhkan negara Palestin, bersandarkan persempadanan 1967.

“Situasi semasa tidak boleh diterima,” kata Abbas kepada Amr, selain menggesa supaya tekanan diberikan terhadap Israel untuk menghentikan rangkaian tindakan kepada rakyat Palestin dan mengakhiri kegiatan penempatan dan rampasan tanah Palestin.

Mengikut laporan itu, Abbas menjelaskan kepada Amr maksud ucaptama yang disampaikan minggu lalu, sebelum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain merangkumi rangkaian inisiatif untuk menamatkan penjajahan didalangi Israel daripada wilayah Palestin.

Pada Sabtu lalu, Abbas berkata, rakyat Palestin akan mengambil langkah alternatif sekiranya Israel berkeras untuk tidak menerima prinsip di sebalik penyelesaian dua negara.

Katanya, ia termasuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang diluluskan pada 1947 atau memilih untuk menubuhkan sebuah negara demokratik.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin, yang disokong AS terhenti pada 2014 berikutan tiada persefahaman yang berupaya dicapai dalam isu penempatan Israel dan perakuan untuk menubuhkan negara Palestin, berdasarkan sempadan 1967.

Penjajahan Israel di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis, yang dituntut oleh rakyat Palestin dalam perang Asia Timur 1967 sudah membelenggu mereka sejak dari itu.

Rakyat Palestin ingin menubuhkan negara Palestin merdeka di wilayah mereka yang ditakluk oleh Israel pada 1967, termasuk Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Timur Baitulmaqdis.

Sumber: Berita Harian