2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

POLIS ISRAEL TEMBAK MATI GURU PALESTIN

BAITULMAQDIS – Polis Israel menembak mati seorang guru Palestin dekat pintu masuk ke pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur pada Ahad.

Menurut agensi berita Pihak Berkuasa Palestin, Wafa, lelaki yang mati ditembak itu ialah Fadi Abu Shukhaidan, 42, dari kem pelarian Shuafat.

Dia ditembak mati selepas dikatakan menyebabkan seorang penduduk Israel terbunuh dan mencederakan empat yang lain dekat pintu masuk ke pekarangan masjid tersebut.

Mangsa yang terlibat dalam kejadian itu ialah dua orang awam dan dua anggota polis rejim Zionis.

Salah seorang daripada mereka yang berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Sekolah menengah iaitu tempat lelaki Palestin itu bertugas kemudian diserbu oleh pihak berkuasa Israel.

Beberapa anggota keluarga dan anak perempuannya di rumahnya turut ditahan pihak berkuasa rejim Zionis serta digeledah selepas kejadian itu.

Anggota-anggota pasukan khas Israel turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan golongan muda yang berada di rumah tersebut.

Dalam insiden ini, Serantau Muslim berharap rakyat Palestin turut kuat menghadapi ujian ini dan pihak yang zalim akan menerima balasan kelak.

Sumber: Sinar Harian