2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

POLIS ISRAEL, JEMAAH PALESTIN BERTEMPUR DI PERKARANGAN AL-AQSA

 

BAITULMAQDIS, 12 Ogos – Sejumlah penduduk Palestin cedera selepas bertempur dengan polis Israel di perkarangan kawasan suci di sini, ketika kedua-dua penganut Islam dan Yahudi menyambut hari kebesaran masing-masing serentak hari ini.

Polis Israel menggunakan bunyi bom tangan bagi menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang semakin tegang di kawasan sensitif di perkarangan masjid Al-Aqsa yang turut dikenali sebagai Al Haram Al Sharif.

Persatuan Palang Merah mengesahkan dan melaporkan kecederaan itu tanpa memberikan jumlah sebenar mangsa yang terbabit.

Seluruh umat Islam meraikan hari raya Aidiladha hari ini dan ribuan penduduk Palestin menunaikan solat hari raya di masjid Al-Aqsa.

Ia serentak dengan sambutan Tisha B’av bagai penganut Yahudi yang menyaksikan jumlah pelawat ke kawasan suci itu meningkat.

Bagi mengurangkan ketegangan, polis melarang penganut Yahudi ke kawasan sensitif itu hari ini. Ketegangan bermula apabila jemaah Palestin bimbang mereka masih dibenarkan masuk dan mula memprotes.

Perkarangan terletaknya masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu adalah antara kawasan paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin.

Penganut Yahudi dibenarkan melawat tetapi dilarang melakukan ibadat bagi mengelak ketegangan.

 

Sumber: Berita Harian